Jatuh Bangun Sebuah Blog Jurnal Kehidupan

Jatuh Bangun Sebuah Blog Jurnal Kehidupan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Blog Jurnal Kehidupan telah lama terhenti operasinya.

Bermula November 2011, server yang disewa oleh blog Jrnal kehidupan telah diserang.

Oleh itu, banyak data, post, komen di blog ini telah tidak dapat diselamatkan. Hanya ini yang tinggal dan dapat diselamatkan di blog ini…

 

Selamat Bercuti Sekolah

Cuti,cuti Juga…Belajar Jangan Lupa

Cuti sekolah sudah tiba.  Tentu para pelajar seronok melalui cuti yang panjang ini.

Kepada para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan awam tahun ini, biasanya pihak sekolah telah mengadakan kelas insentif untuk pelajar.  Datanglah ke kelas yang diadakan guru-guru anda.

Pastinya guru-guru anda sanggup korbankan masa cuti mereka untuk membantu meningkatkan pelajaran anda.

Jika mereka sanggup korbankan masa rehat mereka, apa salahnya anda mengambil peluang keemasan itu. Ketepikan rasa penat dan jemu. Jadi, rebutlah peluang yang ada itu. Hadirkanlah dirimu ke kelas tambahan itu.

Siapa yang rajin menuntut ilmu insyaAllah ada kebaikan di situ…

updates sikit tentang Misi Kemanusiaan ke Gaza langsung dari Jordan,sila ke langitilahi, klik sini.

Di Malaysia, bidang pendidikan adalah suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan potensi manusia secara menyeluruh bagi mewujudkan modal insan yang cemerlang, iaitu cerdas minda, mantap rohani, stabil emosi dan sihat jasmani.

Sebenarnya kecemerlangan pendidikan tidak hanya dibebankan kepada para guru di sekolah, bahkan ia bergantung kepada peranan ibubapa di rumah. Kedua-dua institusi ini iaitu sekolah dan rumahtangga saling memerlukan dalam menentukan kecemerlangan pendidikan.

Kepada para pelajar yang yang tidak menduduki peperiksaan awam tahun ini, diharapkan dapat mengisi masa yang terluang dengan melakukan aktiviti berfaedah.

Masa cuti begini memberi ruang yang banyak untuk anda mengulang kaji pelajaran terutamanya bagi topik-topik yang masih belum anda kuasai lagi.

• Jadual belajar: Anda harus menjadualkan waktu belajar agar masa tidak berlalu begitu sahaja tanpa dipenuhi dengan sebarang tindakan yang berguna.

• Latih tubi:Anda harus banyak membuat latihan dan membiasakan diri dengan soalan-soalan peperiksaan.

• Menyertai majlis ilmu. Majlis ilmu seperti kelas tambahan, kem motivasi dan sesi bimbingan boleh disertai untuk menambahkan kemahiran serta meningkatkan aras motivasi diri

Di sesetengah kawasan kejiranan, pihak jawatankuasa masjidnya mengadakan kem Ibadah atau kem Motivasi Solat atau kem hafazan selama beberapa hari sewaktu cuti sekolah begini. Rasanya yurannya tidaklah mahal sangat. Kebetulan petang tadi dalam Segemen Salam Masjid di Ikim.fm ada terdengar program seumpama ini. Contohnya MAsjid Ar Rahman di Pantai Bharu ada mengadakan program seumpama ini.

Perkara yang harus dielakkan:

• Membuang masa tanpa belajar: Perbuatan seperti berkeliaran di pasaraya atau di kampung-kampung haruslah dielakkan kerana ia tidak memberi faedah. Setiap saat yang digunakan mampu meningkatkan prestasi anda. Sesungguhnya orang yang membuang masa adalah orang yang amat rugi di dunia dan di akhirat.

• Menikmati hiburan keterlaluan: Menonton rancangan TV yang tidak berfaedah, menonton video, melayari internet tanpa tujuan, bermain ”video-game” adalah di antara tindakan yang tidak bijak dan harus dihentikan segera.

Pesanan lagi untuk  mereka bergelar pelajar, Kalau naik motorsikal tu, bawa elok-elok . No jatuh-jatuh, lumba-lumba, langgar-langgar tau. Ha yang luka kena ekzos motor tempoh hari belum lagi baik, usah ditambah lagi ya. Yang minat motorcross, rasanya kat tempat kita ni banyak pilihan. Di kampung bersebelahan kampung saya ni pun ada kawasannya. Selalu juga petang2 tertentu ada aktiviti motorcross.

Yang suka mandi sungai/ paya dan kat air terjun, ingat, keselamatan diri perlu diutamakan. Yang perempuan eloklah pergi dengan keluarga, ya. Banyaknya pesanan penaja. :)

Bermulanya cuti persekolahan, maka tugas guru yang mengajar di sekolah telah dihentikan sementara dan ibubapa bertanggungjawab penuh menyambung kesinambungan tugas mendidik anak-anak di rumah.

Nampaknya, waktu cuti sekolah begini, ibubapa kenalah menjadi cikgu kepada anak-anak…

Semoga  sepanjang cuti sekolah ini, anak-anak kita dinaungi oleh suasana pendidikan dan pembelajaran yang berterusan. Semoga usaha ini dapat mengawal pengaruh liar dari aktiviti yang negatif dan sekaligus melahirkan generasi yang mantap akidah dan cemerlang dalam pendidikan.

Lembu dan Motor

Lembu dan Motor

Alhamdulillahhirabbila’lamin, syukur pada Allah SWT,atas anugerah rahmat dan taufik hidayahNya,kita dapat bersua kembali di sini. Salawat dan salam buat Rasul junjungan mulia,Nabi Muhammad SAW yang tercinta.

Sesungguhnya emas sebesar Bukit Uhud pun tak dapat menandingi jasa dan pengorbanan Nabi Muhammad SAW dan para sahabat assabiqunal awwalun,dalam memastikan ummat akhir zaman masih dapat menikmati nikmat Iman dan Islam,nikmat yang terbesar anugerah daripada Allah SWT Yang Maha Esa.

Lembu , kenapalah kau nak melintas jalan masa orang tengah sibuk lalu lalang begini. Baru sebentar tadi,ada lembu mati dilanggar kenderaan.Jam menunjukkan 10 malam.Kenderaan masih banyak di jalan. Mungkin sebab cuti panjang 3 hari ini.

Teringat kejadian beberapa minggu lepas. Di jalan yang sama. Laluan yang sama. Dalam kegelapan malam, dengan tiada langsung cahaya rembulan seperti malam ini. Tiada sebutir bintang. Jalan raya lengang. Jam menunjukkan pukul 10 malam.

Di hadapan kenderaan kami, ada sebuah motosikal.  Kederaan kami hanya dalam kelajuan sederhana. Tiba-tiba tak semena-mena, kami terkejut.

Tiba-tiba nampak ada motor cuba nak memotong sebuah motor lain di hadapan kami. Dekat sangat. Masa itu saya takut sangat jika penunggang itu melangar kenderaan kami. Takut mereka tercampak atas kenderaan kami. Saya dah fobia melihat kemalangan jalan raya sebenarnya. Kemudian saya menoleh ke belakang. Melihat ke arah anak saya yang terhantuk ke hadapan.

Saya nampak sekumpulan lembu berada di tengah jalan raya. Dan ada sesuatu di tengah jalan raya itu..

2 buah motorsikal terjatuh. Ada 4 orang anak muda. Saya nampak seorang tertonggeng di atas jalan raya. 2 orang tercampak ke tepi bahu jalan. Manakala lembu-lembu itu kelihatan seperti bingung. Lembu itu ada yang disebelah cermin kenderaan kami. Mungkin terkejut kehadiran kenderaan kami dan motorsikal di laluan bertentangan.

Melihat anak-anak muda itu terjatuh,kami memberhentikan kenderaan. Anak kecil kami turut terkejut. Syukurlah saya sempat menggenggam erat anak kecil saya.

Kami memberhentikan kenderaan kami. Ini untuk membantu mereka yang terjatuh selepas melanggar sekawan lembu yang melintas jalan di tengah malam begitu.

Rupa-rupanya,penunggang motorsikal itu menunggang dalam keadaan  lampu dimatikan. Apa tujuan mereka mematikan lampu motor mereka? Bukankah bahayakan diri mereka? Juga sebenarnya bahayakan orang lain? Kemudian kami nampak ada cahaya lampu motor dari dalam ladang. Lalu, apa lagi, kami pun teruskan perjalanan.

Hai, menyusahkan orang sahaja. Syukurlah penunggang motorsikal di hadapan kami selamat dan kami sekeluarga selamat.

Category: catatanku  Tags:  16 Comments